Monday 15 July 2013

Posted by Admin on 23:39 7 comments

Surau Paradigm Mall terletak di LEVEL UG.
Biasanya suami saya akan meletak kereta di parking yang berdekatan dengan TESCO (akan ada arahan dan signboard untuk ke TESCO di level parking tersebut)
dari aras parking kami naik escalator khas utk trolley tesco ke LEVEL LG. Sebaik sampai di atas anda akan nampak kedai MAXIS (berwarna pink dalam peta ini)


Dari Maxis kami akan berjalan menuju sebuah elevator yang terletak selepas TESCO. Dari LG kami akan ke Level G



Apabila anda keluar dari elevator tersebut, anda akan melihat STARBUCKS di sebelah kanan anda. Belok ke kiri dan anda dapat melihat SEOUL GARDEN (kedai ini terletak di luar MALL) 



Untuk ke surau, dari elevator, menuju ke arah STARBUCKS dan masuk ke dalam MALL dan menuju ke aras escalator berdekatan kedai Mark and Spencer



Ambil escalator berdepan Mark and Spencer ini untuk naik ke tingkat UG



Apabila tiba di UG anda akan nampak kedai H&M. Belok menuju kedai ADIDAS (gambar seterusnya)



Dari Adidas terus berjalan sehingga anda nampak kedai menjual jubah dan tudung bernama TOOBA. Berjalan terus sehingga berjumpa gerai CHARMZ

Belok ke kanan dari kedai CHARMZ untuk ke Surau. Ada papan tanda di atas kepala sebelum belok. 











Categories:

7 comments: