Wednesday 17 July 2013

Posted by Admin on 07:49 No comments


Dibuka pada 23 Mei 2012, Paradigm Mall di Kelana Jaya telah menjadi satu pusat membeli-belah dan "dining" warga sekitar Kelana Jaya, Subang Jaya dan Petaling Jaya. Family saya sendiri memang gemar ke sana.

Namun, saya berasa agak sedih apabila kelihatan tidak banyak telekung yang disediakan untuk pengunjung guna. Tidak sampai sepuluh helai pun saya rasa. Jika ada pun, telekung tidak di selengara dengan elok, kurang memberi keselesaan pada pengunjung untuk menunaikan ibadat.


Maka timbul sedikit kesedaran untuk mengajak saudara-saudara saya sekalian untuk mewakafkan telekung buat surau ini. Di sebabkan saya kerap ke sana, maka telekung tersebut bolehlah di pos kepada saya dan saya akan bawa ke sana. Jika di izinkan dan jumlah yang banyak bolehlah di silih ganti, di bawa pulang separuh untuk di basuh dan kemudian digantikan (mungkin bersesuaian di letak label dan sebagainya untuk pihak admin kenalpasti telekung projek ini)

Bagi yang berminat bolehlah message admin page untuk maklumat lanjut.

0 comments:

Post a Comment